LATARBELAKANG

Profil 

Surau As Salaam
Sri Mahligai, Seksyen 9, Shah Alam


Selamat melayari laman web Surau As Salaam, Sri Mahligai, Seksyen 9, Shah Alam. Tujuan laman ini adalah untuk menyalurkan maklumat berkaitan surau ini dan program-program yang telah, sedang serta yang akan dilaksanakan.

Latar Belakang 

Surau As Salaam berada di dalam kawasan Kondominium & Townhouse Sri Mahligai, Seksyen 9, Shah Alam. Surau ini juga bekerjasama dengan sebuah pusat tahfiz, Madrasah Nurul Ilmi dalam usaha untuk mengimarahkan aktiviti harian surau.


Program
Pelbagai program/aktiviti telah, sedang dan akan dilaksakan oleh Surau As Salaam termasuk:
  • Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan Awal Muharam
  • Membantu pengurusan jenazah
  • Mengadakan majlis ilmu - harian, bulanan dan forum khas
  • Mengadakan program perkongsian ilmu bersama ilmuan dan pakar dalam bidang-bidang tertentu
  • Menjalankan program tadarus Al-Quran
  • Mengadakan majlis tahlil dan doa selamat
  • Mengadakan program gotong royong
  • Membantu dalam program khairat kematian